Skip to Main Contents Skip to Main Menu

Seoul Destination

4 Lokasi Mesra Haiwan di Sangam-dong, Seoul

4 Lokasi Mesra Haiwan di Sangam-dong, Seoul0 : 9월_반려동물_썸네일

Basic Information



Hi! Nama saya Sojung! Saya suka bermain bersama rakan-rakan dan bersiar-siar. Saya telah berada di Seoul Animal Care Center berlokasi di Sangam-dong selama dua bulan. Namun, kini saya bahagia bersama keluarga baharu saya! Suka saya perkenalkan lokasi-lokasi mesra haiwan di Sangam-dong dimana awak boleh membawa teman haiwan awak bersama!




Laluan Bersiar pada Musim Luruh di World Cup Park

Saya telah pergi ke Nanji Park berdekatan Digital Media City dimana Seoul Animal Care Center berlokasi. Daun-daun musim luruh sudah mula mengindahi kawasan World Cup Park, yang berjarak melitupi Garosu-gil. Di sini, saya boleh berlari di jalan yang luas dan seperti tiada penghujungnya! Tempat ini mesti lebih indah jika awak berkunjung pada lewat musim luruh apabila daun mula berguguran dari pokok-pokok.




World Cup Park Dog Park

Setelah bersiar sambil ditemani daun-daun musim lurih, saya dibawa pula ke World Cup Park. Ramai kawan-kawan anjing saya yang lain juga suka bermain di World Cup Park’s Dog Park, dimana kami boleh meluangkan masa bersama-sama! Sebab saya agak kecil, saya sering bermain di kawasan bagi anjing-anjing kecil.


Saya suka bermain bersama rakan-rakan saya! Di sini terdapat halangan yang menyeronokkan dan juga ruangan bermain, serta air pancut sebagai lokasi anjing-anjing minum air. Ah! Leganya! Hanya anjing-anjing yang teah didaftar sebagai haiwan peliharaan dan telah dikasi atau dimandulkan sahaja dibenarkan masuk.




Saessaaack Cafe

Setelah penat berlari, saya pergi pula ke lokasi untuk beristirahat sambil menenangkan minda! Jika awak berjalan mengikuti laluan di World Cup Stadium, awak akan terserempak dengan Saessaaack Cafe. Saessaaack Cafe, merupakan sebuah kafe yang menghidangkan salad dan kopi yang unik, serta mesra haiwan, dimana awak boleh beristirahat dalam ruang yang selesa bersama sahabat haiwan awak!


Seronoknya bila dapat duduk di tepi tingkap yang disinari cahaya at di teres luar sambil melihat sekeliling kawasan ini! Kami makan kudap-kudapan sambil minum air, dan ia amatlah seronok!





Dewey Cafe

Setelah berkunjung ke Saessaaack Cafe, saya singgah pula ke Dewey Cafe yang terletak berdekatan. Haiwan peliharaan yang lain juga dijemput untuk singgah di sini! Saya ditegur mesra oleh semua! Malu pula saya!


Dewey Cafe menawarkan kopi yang enak serta skon yang manis. Saya suka duudk di kerusi yang selesa ini dan saya terus dapat relaks. Saya juga suka duduk berdekatan kamera supaya dapat banyak bergambar disini!





Seharian Bersama Sojung

Walaupun seharian Sojung bersiar dan bermain, nampaknya dia masih tidak penat dan masih lagi mahu bermain. Sojung suka mentunjukkan perut dia dan apabila orang bermain dengan perutnya. Kucing-kucing dan anjing-anjing comel seperti Sojung sedang menunggu keluar angkat mereka di Seoul Animal Care Center.


  • Seoul Animal Care Center, bertempat di Sangam-dong, Mapo-gu, merupakan sebuah kemudahan khas bagi penjagaan, mengambilan haiwan angkat, dan pusat latihan bagi haiwan terbuang atau terbiar. Setiap tahun, Seoul Animal Care Center memastikan 6,500 haiwan terbiar diambil sebagai haiwan angkat di Seoul. Untuk lebih informasi mengenai sukarelawan dan pengambilan haiwan angkat, sila rujuk laman web Seoul Animal Care Center (http://animal.seoul.go.kr/index).
    Artikel ini telah mendapat kebenaran dari Seoul Animal Care Center untuk menggunakan model haiwan.

Artikel Berkaitan


※ Masa dan maklumat operasi boleh berubah mengikut panduan penjarakan sosial yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea. Anda dinasihati untuk menyemak semula sebelum berkunjung ke tempat-tempat ini.

Book
Notice
TOP